Surah An-Najm — The Star
Surah An-Najm (The Star) ialah surah ke-53 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 62 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.
وَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰ
Demi bintang semasa ia menjunam
Ayat 1مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمۡ وَمَا غَوَىٰ
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah)
Ayat 2وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri
Ayat 3إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيࣱ يُوحَىٰ
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya
Ayat 4عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah
Ayat 5ذُو مِرَّةࣲ فَٱسۡتَوَىٰ
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal
Ayat 6وَهُوَ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡأَعۡلَىٰ
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit)
Ayat 7ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit
Ayat 8فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi
Ayat 9فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya
Ayat 10مَا كَذَبَ ٱلۡفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya
Ayat 11أَفَتُمَٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu
Ayat 12وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi
Ayat 13عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ
Di sisi "Sidratul-Muntaha
Ayat 14عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa
Ayat 15إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga
Ayat 16مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas
Ayat 17لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya
Ayat 18أَفَرَءَيۡتُمُ ٱللَّٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza
Ayat 19وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰٓ
Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)
Ayat 20أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلۡأُنثَىٰ
Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)
Ayat 21تِلۡكَ إِذࣰ ا قِسۡمَةࣱ ضِيزَىٰٓ
Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil
Ayat 22إِنۡ هِيَ إِلَّآ أَسۡمَآءࣱ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلۡطَٰنٍۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka
Ayat 23أَمۡ لِلۡإِنسَٰنِ مَا تَمَنَّىٰ
Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak)
Ayat 24فَلِلَّهِ ٱلۡأٓخِرَةُ وَٱلۡأُولَىٰ
Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia
Ayat 25۞وَكَم مِّن مَّلَكࣲ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ لَا تُغۡنِي شَفَٰعَتُهُمۡ شَيۡـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ أَن يَأۡذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرۡضَىٰٓ
(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya
Ayat 26إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ تَسۡمِيَةَ ٱلۡأُنثَىٰ
Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan
Ayat 27وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِي مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡـࣰٔ ا
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)
Ayat 28فَأَعۡرِضۡ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكۡرِنَا وَلَمۡ يُرِدۡ إِلَّا ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا
Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata
Ayat 29ذَٰلِكَ مَبۡلَغُهُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱهۡتَدَىٰ
(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk
Ayat 30وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ أَسَٰٓـُٔواْ بِمَا عَمِلُواْ وَيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ بِٱلۡحُسۡنَى
Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya
Ayat 31ٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةࣱ فِي بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡۖ فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa
Ayat 32أَفَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي تَوَلَّىٰ
Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)
Ayat 33وَأَعۡطَىٰ قَلِيلࣰ ا وَأَكۡدَىٰٓ
Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)
Ayat 34أَعِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلۡغَيۡبِ فَهُوَ يَرَىٰٓ
Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)
Ayat 35أَمۡ لَمۡ يُنَبَّأۡ بِمَا فِي صُحُفِ مُوسَىٰ
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa
Ayat 36وَإِبۡرَٰهِيمَ ٱلَّذِي وَفَّىٰٓ
Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)
Ayat 37أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةࣱ وِزۡرَ أُخۡرَىٰ
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)
Ayat 38وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya
Ayat 39وَأَنَّ سَعۡيَهُۥ سَوۡفَ يُرَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak)
Ayat 40ثُمَّ يُجۡزَىٰهُ ٱلۡجَزَآءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna
Ayat 41وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَهَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara)
Ayat 42وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis
Ayat 43وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan
Ayat 44وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan
Ayat 45مِن نُّطۡفَةٍ إِذَا تُمۡنَىٰ
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)
Ayat 46وَأَنَّ عَلَيۡهِ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati)
Ayat 47وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغۡنَىٰ وَأَقۡنَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan
Ayat 48وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra
Ayat 49وَأَنَّهُۥٓ أَهۡلَكَ عَادًا ٱلۡأُولَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud)
Ayat 50وَثَمُودَاْ فَمَآ أَبۡقَىٰ
Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup
Ayat 51وَقَوۡمَ نُوحࣲ مِّن قَبۡلُۖ إِنَّهُمۡ كَانُواْ هُمۡ أَظۡلَمَ وَأَطۡغَىٰ
Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas
Ayat 52وَٱلۡمُؤۡتَفِكَةَ أَهۡوَىٰ
Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi
Ayat 53فَغَشَّىٰهَا مَا غَشَّىٰ
Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya
Ayat 54فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)
Ayat 55هَٰذَا نَذِيرࣱ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلۡأُولَىٰٓ
(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu
Ayat 56أَزِفَتِ ٱلۡأٓزِفَةُ
Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat)
Ayat 57لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu
Ayat 58أَفَمِنۡ هَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ تَعۡجَبُونَ
Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)
Ayat 59وَتَضۡحَكُونَ وَلَا تَبۡكُونَ
Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)
Ayat 60وَأَنتُمۡ سَٰمِدُونَ
Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan
Ayat 61فَٱسۡجُدُواْۤ لِلَّهِۤ وَٱعۡبُدُواْ۩
Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid)
Ayat 62