Surah Al-Muddassir — The Cloaked One
Surah Al-Muddassir (The Cloaked One) ialah surah ke-74 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 56 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ
Wahai orang yang berselimut
Ayat 1قُمۡ فَأَنذِرۡ
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)
Ayat 2وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya
Ayat 3وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan
Ayat 4وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi
Ayat 5وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya
Ayat 6وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)
Ayat 7فَإِذَا نُقِرَ فِي ٱلنَّاقُورِ
Kerana apabila telah ditiup sangkakala
Ayat 8فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذࣲ يَوۡمٌ عَسِيرٌ
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar
Ayat 9عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرࣲ
Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya)
Ayat 10ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدࣰ ا
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak)
Ayat 11وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالࣰ ا مَّمۡدُودࣰ ا
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak
Ayat 12وَبَنِينَ شُهُودࣰ ا
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya
Ayat 13وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدࣰ ا
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya
Ayat 14ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi
Ayat 15كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدࣰ ا
Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami)
Ayat 16سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya
Ayat 17إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran
Ayat 18فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)
Ayat 19ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)
Ayat 20ثُمَّ نَظَرَ
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal)
Ayat 21ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut
Ayat 22ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh
Ayat 23فَقَالَ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرࣱ يُؤۡثَرُ
Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya)
Ayat 24إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ
Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia
Ayat 25سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar
Ayat 26وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سَقَرُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu
Ayat 27لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
Ayat 28لَوَّاحَةࣱ لِّلۡبَشَرِ
Ia terus-menerus membakar kulit manusia
Ayat 29عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)
Ayat 30وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةࣰۖ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةࣰ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنࣰ ا وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضࣱ وَٱلۡكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلࣰ اۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ
Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia
Ayat 31كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ
Sebenarnya! Demi bulan
Ayat 32وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ
Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri
Ayat 33وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ
Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang
Ayat 34إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ
Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar
Ayat 35نَذِيرࣰ ا لِّلۡبَشَرِ
Yang menjadi amaran bagi umat manusia
Ayat 36لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ
(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya)
Ayat 37كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya
Ayat 38إِلَّآ أَصۡحَٰبَ ٱلۡيَمِينِ
Kecuali puak Kanan
Ayat 39فِي جَنَّٰتࣲ يَتَسَآءَلُونَ
(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya
Ayat 40عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah
Ayat 41مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar
Ayat 42قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang
Ayat 43وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ
Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin
Ayat 44وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ
Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya
Ayat 45وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ
Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan
Ayat 46حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلۡيَقِينُ
Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini
Ayat 47فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu
Ayat 48فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran)
Ayat 49كَأَنَّهُمۡ حُمُرࣱ مُّسۡتَنفِرَةࣱ
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari
Ayat 50فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ
Melarikan diri (ketakutan) dari singa
Ayat 51بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيࣲٕ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفࣰ ا مُّنَشَّرَةࣰ
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri)
Ayat 52كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat
Ayat 53كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةࣱ
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya)
Ayat 54فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya
Ayat 55وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ
Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat)
Ayat 56