Surah Al-Qadr — The Power, Fate

Surah Al-Qadr (The Power, Fate) ialah surah ke-97 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 5 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.

ٱلرَّحِيمِإِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar

Ayat 1

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu

Ayat 2

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ‏

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan

Ayat 3

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرࣲ‏

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)

Ayat 4

سَلَٰمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar

Ayat 5