Surah Al-Humazah — The Traducer

Surah Al-Humazah (The Traducer) ialah surah ke-104 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 9 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.

وَيۡلࣱ لِّكُلِّ هُمَزَةࣲ لُّمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji

Ayat 1

ٱلَّذِي جَمَعَ مَالࣰ ا وَعَدَّدَهُۥ

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya

Ayat 2

يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخۡلَدَهُۥ

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)

Ayat 3

كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِي ٱلۡحُطَمَةِ

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah

Ayat 4

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu

Ayat 5

نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya)

Ayat 6

ٱلَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ

Yang naik menjulang ke hati

Ayat 7

إِنَّهَا عَلَيۡهِم مُّؤۡصَدَةࣱ‏

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka

Ayat 8

فِي عَمَدࣲ مُّمَدَّدَةِۭ

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang

Ayat 9