Surah Az-Zalzalah — The Earthquake

Surah Az-Zalzalah (The Earthquake) ialah surah ke-99 dalam Al-Quran, tergolong surah Madaniyah dengan 8 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya

Ayat 1

وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya

Ayat 2

وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi

Ayat 3

يَوۡمَئِذࣲ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya

Ayat 4

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)

Ayat 5

يَوۡمَئِذࣲ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتࣰ ا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka

Ayat 6

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرࣰ ا يَرَهُۥ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

Ayat 7

وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةࣲ شَرࣰّ ا يَرَهُۥ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

Ayat 8