Surah Al-Fatihah — The Opening
Surah Al-Fatihah (The Opening) ialah surah ke-1 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 7 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ayat 1ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
Ayat 2ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ayat 3مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
Ayat 4إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Ayat 5ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Ayat 6صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
Ayat 7