Surah Al-Fajr — The Dawn
Surah Al-Fajr (The Dawn) ialah surah ke-89 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 30 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.
وَٱلۡفَجۡرِ
Demi waktu fajar
Ayat 1وَلَيَالٍ عَشۡرࣲ
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)
Ayat 2وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil
Ayat 3وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ
Dan malam, apabila ia berlalu
Ayat 4هَلۡ فِي ذَٰلِكَ قَسَمࣱ لِّذِي حِجۡرٍ
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna
Ayat 5أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
Ayat 6إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
Ayat 7ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)
Ayat 8وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ
Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)
Ayat 9وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh
Ayat 10ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing)
Ayat 11فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu
Ayat 12فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab
Ayat 13إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
Ayat 14فَأَمَّا ٱلۡإِنسَٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّيٓ أَكۡرَمَنِ
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku
Ayat 15وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّيٓ أَهَٰنَنِ
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku
Ayat 16كَلَّاۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya)
Ayat 17وَلَا تَحَٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin
Ayat 18وَتَأۡكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكۡلࣰ ا لَّمࣰّ ا
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya)
Ayat 19وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبࣰّ ا جَمࣰّ ا
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba
Ayat 20كَلَّآۖ إِذَا دُكَّتِ ٱلۡأَرۡضُ دَكࣰّ ا دَكࣰّ ا
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya
Ayat 21وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفࣰّ ا صَفࣰّ ا
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah)
Ayat 22وَجِاْيٓءَ يَوۡمَئِذِۭ بِجَهَنَّمَۚ يَوۡمَئِذࣲ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya
Ayat 23يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِي
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)
Ayat 24فَيَوۡمَئِذࣲ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُۥٓ أَحَدࣱ
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah
Ayat 25وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُۥٓ أَحَدࣱ
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya
Ayat 26يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya
Ayat 27ٱرۡجِعِيٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةࣰ مَّرۡضِيَّةࣰ
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)
Ayat 28فَٱدۡخُلِي فِي عِبَٰدِي
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Ayat 29وَٱدۡخُلِي جَنَّتِي
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu
Ayat 30