Surah Al-Insyirah — The Consolation
Surah Al-Insyirah (The Consolation) ialah surah ke-94 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 8 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)
Ayat 1وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
Ayat 2ٱلَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
Ayat 3وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Ayat 4فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Ayat 5إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرࣰ ا
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Ayat 6فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
Ayat 7وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)
Ayat 8