Surah An-Naba — The Announcement
Surah An-Naba (The Announcement) ialah surah ke-78 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 40 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ
Tentang apakah mereka bertanya-tanya
Ayat 1عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)
Ayat 2ٱلَّذِي هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ
Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya
Ayat 3كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu)
Ayat 4ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka)
Ayat 5أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَٰدࣰ ا
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan
Ayat 6وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادࣰ ا
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya
Ayat 7وَخَلَقۡنَٰكُمۡ أَزۡوَٰجࣰ ا
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang
Ayat 8وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتࣰ ا
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat
Ayat 9وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسࣰ ا
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)
Ayat 10وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشࣰ ا
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki
Ayat 11وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعࣰ ا شِدَادࣰ ا
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh
Ayat 12وَجَعَلۡنَا سِرَاجࣰ ا وَهَّاجࣰ ا
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya
Ayat 13وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرَٰتِ مَآءࣰ ثَجَّاجࣰ ا
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah
Ayat 14لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبࣰّ ا وَنَبَاتࣰ ا
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan
Ayat 15وَجَنَّٰتٍ أَلۡفَافًا
Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya
Ayat 16إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَٰتࣰ ا
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan
Ayat 17يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجࣰ ا
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)
Ayat 18وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوَٰبࣰ ا
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas
Ayat 19وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir
Ayat 20إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادࣰ ا
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan
Ayat 21لِّلطَّٰغِينَ مَـَٔابࣰ ا
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya
Ayat 22لَّٰبِثِينَ فِيهَآ أَحۡقَابࣰ ا
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya
Ayat 23لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدࣰ ا وَلَا شَرَابًا
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman
Ayat 24إِلَّا حَمِيمࣰ ا وَغَسَّاقࣰ ا
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir
Ayat 25جَزَآءࣰ وِفَاقًا
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk)
Ayat 26إِنَّهُمۡ كَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابࣰ ا
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal
Ayat 27وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا كِذَّابࣰ ا
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami
Ayat 28وَكُلَّ شَيۡءٍ أَحۡصَيۡنَٰهُ كِتَٰبࣰ ا
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis
Ayat 29فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu
Ayat 30إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini
Ayat 31حَدَآئِقَ وَأَعۡنَٰبࣰ ا
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur
Ayat 32وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابࣰ ا
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya
Ayat 33وَكَأۡسࣰ ا دِهَاقࣰ ا
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman
Ayat 34لَّا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوࣰ ا وَلَا كِذَّٰبࣰ ا
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta
Ayat 35جَزَآءࣰ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابࣰ ا
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya)
Ayat 36رَّبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٱلرَّحۡمَٰنِۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابࣰ ا
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu)
Ayat 37يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ صَفࣰّ اۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَقَالَ صَوَابࣰ ا
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar
Ayat 38ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)
Ayat 39إِنَّآ أَنذَرۡنَٰكُمۡ عَذَابࣰ ا قَرِيبࣰ ا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَٰلَيۡتَنِي كُنتُ تُرَٰبَۢا
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)
Ayat 40