Surah Ad-Duha — The Morning Hours

Surah Ad-Duha (The Morning Hours) ialah surah ke-93 dalam Al-Quran, tergolong surah Makkiyah dengan 11 ayat. Halaman ini memaparkan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.

وَٱلضُّحَىٰ

Demi waktu dhuha

Ayat 1

وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ

Dan malam apabila ia sunyi-sepi

Ayat 2

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)

Ayat 3

وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرࣱ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya

Ayat 4

وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati

Ayat 5

أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمࣰ ا فَـَٔاوَىٰ

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan

Ayat 6

وَوَجَدَكَ ضَآلࣰّ ا فَهَدَىٰ

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)

Ayat 7

وَوَجَدَكَ عَآئِلࣰ ا فَأَغۡنَىٰ

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan

Ayat 8

فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya

Ayat 9

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik

Ayat 10

وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya

Ayat 11